Moga dipermudahkan urusan ye baby, saya sayang awak – Safawi Rasid

Bintang bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menitipkan satu dedikasi istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya Syifa Melvin yang ke-29 hari ini.

Menerusi sesuatu hantaran di laman Instagram, dia yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu memuat naik sekeping gambar pertama mereka sebagai suami isteri untuk tatapan pengikutnya.

“Selamat hari lahir. Gambar pertama bersama. Semoga dipermudahkan semua urusan ye baby! Saya sayang awak,” tulis pemain bola berusia 26 tahun itu.

Di ruangan komen, Syifa yang juga seorang pelakon dan usahawan membalas ucapan tersebut dengan menyifatkan suaminya itu romantis serta mengucapkan terima kasih atas segalanya.

Tak sangka awak ‘sweet’

“Olololo tak sangka awak se-sweet ini. Terima kasih atas semua yang telah awak lakukan, Allah sentiasa bersama awak,” balas Syifa yang turut adik kepada pelakon Syatilla Melvin.

Meninjau komen lain, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut menitipkan ucapan hari lahir kepada Syifa selain memuji aksi ‘sweet’ dan comel pasangan berkenaan.

Hari jadi pertama sebagai isteri – Syifa

Selamat hari jadi Syifa!

‘Sweet’ kapten kita ni.. moga bahagia dunia akhirat

Comelnya dua-dua…

Macam merpati dua sejoli

Sementara itu, Syifa juga melihat berkongsi semula beberapa posting di InstaStory daripada ahli keluarga terdekat yang meraikan hari lahirnya dengan penuh kemeriahan.




Terdahulu, pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel ternama di Petaling Jaya, Selangor pada 28 November lalu.

Sumber: Instagram Safawi Rasid & Syifa Melvin / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *