Muncul Duet Bersama Suami, Isteri Haqiem Rusli Hiburkan Penonton Dengan Rap Lagu Blackpink

Terdahulu pernah menjadi bualan hangat apabila terdapat satu syarikat rakaman yang ingin mengambil isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli untuk dijadikan penyanyi.

Namun, hal itu tidak disetujui oleh Haqiem kerana dia berpendapat bahawa isterinya tidak perlu berkecimpung dalam industri muzik sepertinya.

Rap Blackpink

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Haqiem Rusli sedang menghiburkan penonton yang hadir di gig ‘Malam Mimpi Haqiem Rusli’ di Panggung Asia, Gombak. Difahamkan, lebih daripada 10 lagu yang dibawakan oleh Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 itu.

Namun, apa yang menarik perhatian penonton apabila isteri kepada penyanyi berusia 25 tahun itu, Anis Sofea yang menjadi tetamu istimewa pada malam tersebut.

Dalam video itu, Anis menggayakan pakaian berwarna merah yang sedondon dengan suaminya dan menyanyi bahagian rap dari kumpulan terkenal Korea, Blackpink.

First time tau isteri Haqiem Rusli nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu ‘Pink Venom’ lagi.

Ternyata penonton terhibur dengan gaya yang bersahaja oleh isteri pelantun lagu ‘Mimpi’ tersebut.

VIDEO KLIK DISINI

@era.je

First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi. 😃 #sharERA #malammimpihaqiemrusli #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

‘Tak faham dia nyanyi apa…’


Namun, kebanyakan netizen di ruangan komen tidak memahami apa yang dinyanyikan oleh usahawan berusia 21 tahun itu dan hanya menerima persembahan tersebut dek kerana rupa parasnya yang menawan dan cantik.

Sumber: Tiktok @era.je / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *