Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad dengan keputusannya untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Puteri Sarah dilihat tiba-tiba di perkarangan kompleks mahkamah bersama adik-beradiknya.
Fail cerai
Ketika ditemui, Sarah yang mengenakan busana serba hitam meluahkan perasaannya sebelum menjalani proses berkenaan. Jelas Sarah, dia sudah bersedia malah rasa lebih bersemangat.
Sarah sihat Alhamdulillah. Semalam balik shooting pukul 1 pagi tau. Hari ini bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik.
Apabila ditanya berhubung apa yang akan berlaku sebentar lagi, Sarah meminta orang ramai bersabar untuk menunggu tindakan seterusnya malah Sarah akan menghantar maklumat lebih lanjut kemudian. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon orang ramai untuk mendoakannya.
@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan segala urusan buat @Puteri Sarah liyana . Amin 🤲🏻 #ohublan #fup #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #fail #cerai
SUMBER : OHBULAN
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.