‘Saya Tak Marah Norman, Cuma Rasa Geram Je Sebab…’ – Abby Abadi

Umum mengetahui, pelakon, Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya iaitu Norman Hakim demi anak-anak mereka walaupun telah berpisah selama 13 tahun.

Sambut hari lahir bersama

Terbaharu, pelakon Gerak Khas itu memuat naik sebuah video di media sosial yang menunjukkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon pada 11 Januari lalu.

Bukan itu saja, sambutan itu diraikan bersama keluarga besarnya yang turut melibatkan suami Abby Abadi sendiri iaitu Faizal Zakaria.

Malah, Abby turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat berkumpul bersama kesemua ahli keluarganya memandangkan mereka sukar untuk melihat jadual kerja masing-masing.

Tak pernah berdendam tapi…

Tetapi, apa yang mencuri perhatian netizen adalah penulisan kapsyen hantaran video tersebut yang mana Abby mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas suaminya tetapi masih mempunyai rasa geram.

Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sebab dirinya masih menyimpan rasa marah terhadap Norman Hakim.

Kami macam kawan baik sekarang kan? Saya tak marah lagi pada Norman ni, cuma rasa geram je. sebab? Rahsia! Hahahaha…

Abby Abadi dan Norman pernah berkahwin pada 2002 tetapi berpisah pada 2009. Sepanjang tujuh tahun bersama, mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selepas bercerai, Norman berkahwin pula dengan Memey Suhaiza pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata manakala Abby mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 2015.

VIDEO KLIK DISINI

@abbyabadi112

Alhamdullillah.. untuk tahun seterusnya 😇 Tarikh lahirnya 8/1, tp Sy dan suami @JaiAbby Official takde kt malaysia haritu. Jadi ALLAH izinkan meraikan Puppy kepada anak3 Sy @Norman Hakim harini hahaha😅😝 Kami mcm kawan baik skrg kan? kan? hehe.. Sy tak marah dah kt Oman ni, cuma geramm.. sebab?rahsia hahhaa.. Apapun, Syukur. dapat sambut birthday Oman harini.. kecil kecilan je tp sangat bermakna utk keluarga kecil kami sbb jarang2 dpt berkumpul skrg sbb masing2 busy cari rezeki hihi.. Apapun doakan yg terbaik utk kehidupan kami & kita semua dunia akhirat ok.. sampai ke harini, kami tetap mcm Tom & Jerry sebab….. malaslah nk cerita haha.. Yg pasti sayang semua Lillahi Taala. Sian @MemeySuhaizaOfficial_ demam ya. Sabar ye.. Penat sangat badan tu kerja tak berhenti. Tahu kan sakit tu penghapus dosa2 kecil? ALLAH sayang & suruh rehat tu hihi.. Fi hifzillah. Semoga sentiasa dalam lindungan & kasih sayang ALLAH 😘 ps: Esok kita gi singapore expo lagi… doakan kita kaya dan berjaya ok heeee.. hehe.. 🙏🏻😘

♬ original sound – BIANCABELLAOFFICIAL – BIANCABELLAOFFICIAL

SUMBER : OH BULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *