Acah2 tersaklti dicvrangi..menyampah aku..’ Kakak lra sindlr Sarah? Tldak cukup dengan itu

Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.

Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah daripada ‘fake account’. ‘Awak ni kelakar, perempuan’. Oh dan palsu juga,” tulisnya.

Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.

Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘kalau tak silap’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.

Sumber : HM / My Info Maya

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Touch ‘n Go eWallet Kini Tersedia Di foodpanda & Korang Berpeluang Nikmati RM12 Diskaun!

Orang-orang bujang, student universiti dan mereka yang selalu busy tu mesti boleh relate kan bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *