Aura ‘Cinderella’ Melayu, Bergelar Isteri Kepada Jejaka British! Bakat Lakonan Haliza Misbun Masih Terserlah

Aura ‘Cinderella’ Melayu, Bergelar Isteri Kepada Jejaka British! Bakat Lakonan Haliza Misbun Masih Terserlah

Pasti ramai peminat drama tanah air merindui bakat lakonan Haliza Misbun. Sekitar era 90an, nama Haliza Misbun sering meniti di bibir peminat seni dek lakonan yang cukup memberi kesan kepada penonton.

Lakonan mantap aktres handalan ini menerusi drama bersiri popular Cinderella pada tahun 1998 pernah menjadi fenomena.

Walau sudah lebih 2 dekad berlalu namun pesona Haliza Misbun masih dikagumi. Tampil dengan imej matang, aura Haliza Misbun mampu memikat pandangan.




Pun begitu, kelibat Haliza jarang kelihatan di majlis hiburan kebelakangan ini. Bagaimana pun pada April 2021 nama Haliza kembali menjadi bualan apabila berita pernikahannya bertebaran di Internet.

Mengimbas kembali momen tersebut, Haliza ketika berusia 48 tahun dan bergelar isteri kepada jejaka kelahiran British iaitu Matthew John Rodgers. Ijab kabul pasangan ini dilaporkan berlangsung secara tertutup di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Difahamkan Matthew ialah du.da anak satu yang mengikuti teknologi maklumat di salah sebuah syarikat antarabangsa.


Sepanjang pembabitan sebagai anak seni, bintang filem Abang 92 ini masih mewarnai dunia seni namun selektif dengan tawaran watak yang diberikan. Iyalah, sudah berpuluh-puluh tahun pengalaman dalam industri mesti Haliza pilih watak yang sesuai dan mencabar dengan kemampuannya.

Dua tahun lepas, Haliza pernah tampil dalam Pemuja Rahsia, Syurgaku Tak Sempurna dan Juliet.


Haliza merupakan kakak kepada Rozana Misbun dan seorang lagi adiknya iaitu Amanda Misbun mengikut jejak langkah kakaknya sebagai anak seni.

Pada tahun 2017, Haliza membuat comeback menerusi filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan bekas pelakon gandingannya dalam drama Cinderella, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Sumber : NONA/KOTAK MEDIA

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Cikgu tu d̷ah bersu̷ami, an̷ak 3. Terg̷amak suamik̷u dan dia bohong aku, Aku rasa sesu̷atu, t̷api ti̷ada b̷ukti. Hinggal̷ah mal̷am tu

#Foto sekadar hiasan. | Suamiku dan Ex-Cikgu Anakku Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Umairah, berumur …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *