Filem Pulau Dikritik, Alif Satar Beritahu Tak Terlibat Babak ‘Panas’

Sejak dari semalam kecoh di media sosial dengan kisah filem Pulau dikritik yang akan ditayangkan di pawagam bermula Mac nanti. Sebuah filem tempatan yang mengisahkan tentang kumpulan anak muda pergi ke sebuah pulau tinggal dan mula mengalami situasi aneh dan misteri.

Biarpun filem ini belum ditayangkan namun menyaksikan trailernya sahaja sudah membuatkan netizen kecam hebat. Ini kerana ada dakwaan yang memaparkan filem tempatan tersebut mengandungi babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum di Malaysia.

Malah antara sebab filem lain Pulau dikritik juga disebabkan pemakaian terlalu seks para pelakon biarpun sesetengah bintang dalam filem ini bukan beragama Islam. Untuk info, filem ini dibintangi oleh pelakon hebat tempatan seperti Amelia Henderson, Ikmal Amry, Namron, Alif Satar, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Pengarah sangat memahami dan menghormati

Terbaharu memetik laporan Gempak, Alif Satar yang merupakan salah seorang pelakon filem daripada genre thriller ini menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan sebarang babak panas dalam ‘Pulau’. Menurut pelakon lelaki berbakat besar ini, pengarah sangat memahami dan menghormati dirinya serta tidak melibatkan Alif dengan apa juga adegan mesra.

Tambahnya lagi sebab itulah ada pelakon berbangsa lain untuk memegang dan melakonkan watak sebegitu.

Manakala watak yang dibintangi Alif adalah hampir sama dengan dirinya dan tidak ada bergaul dengan babak yang tidak memerlukan khidmatnya.

Para pelakon terdiri daripada pelbagai bangsa

Selain daripada itu Alif juga memberitahu mereka akan berbincang terlebih dahulu sekiranya berasa kurang senang dengan babak yang perlu dilakonkannya.

“Saya juga sebenarnya sudah boleh agak akan menerima kerisauan seperti itu, tetapi semasa penggambaran, bukan sahaja pengarah bahkan untuk pelakon juga mempunyai pertimbangan.

“Macam saya, saya sendiri tahu macam mana cita rasa penonton, apa budaya yang kita selesa, melihat, mendengar, cara lakonan. Saya dah lama dalam industri, saya tahu macam mana nak bawa satu babak itu.

Menurut selebriti verstail ini juga dia akui filem ini akan ditonton oleh orang Malaysia. Jadi disebabkan itulah pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan majmuk.

SUMBER : GEMPAK / SYOR

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *