Kantoi Miliki & Hisap Dadah, Anak Artis Mengaku Bersalah

Anak perempuan kepada seorang artis popular era 90an mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mempunyai dan menghisap dadah.

Anak artis ada hisap dadah

Pada 12 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Kuala Pilah, tertuduh iaitu Syarra Sudarman berusia 29 tahun didapati mempunyai dua pakej plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan harga berat 1.72 gram. Tertuduh kemudian didakwa memberi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam diri sendiri.

Polis turut menemui dua lelaki dan seorang perempuan dalam keadaan mencurigakan di bilik hotel berkenaan. Turut ditemui satu botol yang telah diubahsuai untuk menghisap dadah.

Susulan daripada kesalahan tersebut, tertuduh disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama dan seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di baca bersama dengan seksyen 38B Akta yang sama.

Tertuduh yang merupakan ibu kepada seorang anak dijatuhi hukuman lapan bulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua, lima bulan penjara daripada tarikh sabitan serta pengawasan polis tidak kurang selama tiga tahun.

Sumber: Kosmo / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *