Keluarga Puteri Sarah tak ‘lantang bersuara’ sebab faktor kerjaya profesional

Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut turut membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji.

Ibu bapa ada kerjaya profesional

Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil menangani isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu untuk menegakkan keadilan baginya dan anak-anak.

Menerusi laporan dari Kosmo! Puteri Sarah melihat faktor keluarganya terutama ibu bapa tidak menyinggung isu rumah tangganya disebabkan kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.

Adik-beradik kerja hebat

Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

“Profesyen mereka tidak membenarkan mereka bersuara seperti pihak belah pihak tetapi saya tetap ahli keluarga yang hadir untuk memberi sokongan,” katanya.

Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.

Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

Sumber: Kosmo! (Nur Emirza Saizali) / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *