Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 yang terhempas berhampiran Pokhara, Nepal, Ahad lalu.

Kotak hitam pesawat

Menurut laporan Bernama, jurucakap Penerbangan Awam Nepal (CAAN), Jagannath Niroula memberitahu pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian yang berlaku melalui kotak hitam itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mengesan empat lagi mangsa nahas. Difahamkan, setakat ini, 68 mayat telah berjaya ditemui di lokasi kejadian pada hari yang sama.

Penyelamat dikerah mencari empat mangsa di Sungai Seti kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai, kata Niroula.

Sementara itu, Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan berkabung pada Isnin sebelum menetapkan sesuatu jawatankuasa bagi menyiasat punca tragedi yang disifatkan sebagai kejadian terburuk dalam sejarah Nepal.

Terdahulu, pesawat Yeti Airlines yang membawa seramai 68 orang penumpang dan empat anak kapal itu dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara sebelum terhempas di Sungai Seti pada Ahad.

Sumber: Bernama / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *