‘Mesti Ada Sebab Kenapa Ibu Mentua Mengamuk, Cari Dulu Punca Sebelum Kecam’ – Puteri Sarah Liyana

Terlalu lantang meluahkan rasa marah dengan tindakan anak lelakinya, Syamsul Yusof bernikah dengan isteri nombor dua, Ira Kazar membuatkan Datin Fatimah Ismail dikecam netizen.

Mesti ada sebab!

Tampil mempertahankan ibu mentua tercinta, aktres Puteri Sarah Liyana memohon agar orang ramai tidak terus menjatuhkan hukuman hanya kerana tidak merestui perkahwinan Syamsul dan Ira.

Kata Puteri Sarah, 38, ada sebab tersendiri kenapa Fatimah terlalu emosi sehingga mengeluarkan komen-komen yang menyakitkan.

Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang berlaku sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.

Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) sahaja tahu.

Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.

Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini.

Sudah cari jalan pendamaian

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia sudah berusaha sekuat mungkin mempertahankan mahligai yang dibina hampir sembilan tahun sebelum memfailkan penceraian terhadap Syamsul.

Sejujurnya memang trauma dengan apa yang berlaku sepanjang empat tahun ini.

Tapi saya tahu sudah berjuang habis-habisan termasuk keluarkan perintah injuksi, cari jalan pendamaian serta minta pandangan ustazah, tetapi tetap tak jalan. Jadi sebab itulah kami di sini.

Semalam (Isnin), Puteri Sarah nekad memfailkan penceraian terhadap Syamsul selepas empat tahun bergelut dengan kontroversi rumah tangga di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan pelakon senior, Kazar Saisi.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SUMBER / OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *