Semalam (Isnin), pelakon yang juga isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur terhadap suaminya berikutan kemelut rumah tangga.
Ekoran daripada itu, mahkamah pihak telah menetapkan 7 Mac sebagai sebutan pertama kepada penceraian Puteri Sarah dengan Syamsul.
Kongsi hantaran di IGS
Terbaharu, pada petang Isnin, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Fatimah berkongsi satu hantaran di Instagram Stories yang menyentuh isu poligami dalam Islam sehingga mendapat perhatian netizen.
Islam tidak berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan syarat. Poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut Sunnah.
Sebelum ini, Fatimah menegaskan bahawa dirinya tidak mahu menganggu isu tuntutan cerai daripada menantunya.
Bukan itu saja, sejak pengumuman pernikahan Syamsul bersama Ira Kazar dibuat pada 6 Januari lalu, Fatimah kerap meluahkan perasaannya menerusi akaun media sosial miliknya.
Sumber: Instagram / Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.