“Tak bunyi pelik pun”- Lancar cakap macam Kareena Kapoor, drama baru Uqasha Senrose makin viral jadi bualan ramai

Kalau sebut nama Uqasha Senrose, tentu ramai yang tidak menafikan lagi dia seorang pelakon wanita yang begitu berbakat. Bukan satu atau dua drama yang menjadi fenomena gara-gara malah banyak drama yang popular disebabkan dirinya yang berjaya memegang watak diberi.

Malah sebuah drama terbaharu berjudul Akira Khan ini tidak semena-mena semakin menjadi bualan ramai di media sosial selepas teaser drama tersebut mula dikongsikan. Bergandingan dengan suami, Kamal Adli nampaknya ia bakal meletop lagi.

Perkongsian bambam_studios tersebut turut tular di media sosial yang mana nampaknya ramai tidak sabar untuk menonton drama kelainan yang dipegang oleh Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Apatah lagi Uqasha Senrose yang mana percakapannya juga dalam masa yang sama dibualkan peminat.

Akira Khan akan ditayangkan di Astro mulai 18 Januari ini dan selepas menonton video teaser tersebut, ternyata ramai yang teruja untuk menyaksikan lakonan Uqasha Senrose apabila digelar sebagai Kareena Kapoor dan Preity Zinta dalam drama tersebut.

Menerusi hantaran yang tular ini pula, Uqasha Senrose dihujani pelbagai reaksi positif apabila dia dilihat tidak kekok. Mana tidaknya selain Mira Filzah, Uqasha Senrose juga dikenali ramai sebagai seorang selebriti yang begitu meminati lagu-lagu Bollywood.

‘Tak sabar, lepas tu cara dia cakap tu cantik je tak kekok tak bunyi pelik pun’





SUMBER : BAMBAM_STUDIOS / UMMI_NASUHA / SYOR

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *