Perkahwinan adik kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengejutkan rata-rata rakyat Malaysia dengan berita yang tidak disangka itu. Tiada angin tiada ribut, jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan sah bergelar suami kepada Fyna.
Pertama kali dalam satu frame
Walau bagaimanapun, tiada gambar yang menunjukkan pasangan itu secara umum setelah bergelar suami isteri.
Namun, aktor veteran, Mustapha Kamal memuat naik beberapa keping foto di TikTok semalam, apabila dengan tidak sengaja bertemu pengantin baharu tersebut ketika sedang keluar makan di sebuah restoran.
Satu kebetulan. Baru terjumpa lagenda Zainal Abidin Hassan. Kawan lama. Semua yang terbaik untuk anda, tahniah.
@mustaphakamaal Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.
Terima kasih papa megah holding!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Mustapha Kamal yang memuat naik gambar tersebut dan sempat berseloroh tentang perjumpaan tersebut.
Sumber: Tiktok @mustaphakamaal / Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.