[VIDEO] ‘Jadi Lelaki Alfa, Perempuan Akan Tertarik’ – Jawapan Suami Fatin Afeefa Cetus Rasa ‘Sesuatu’ Di Kalangan Netizen

Semenjak bergelar suami isteri, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang kerap melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, kenyataan suami kepada Fatin menerusi satu live baru-baru ini membuatkan ramai tidak senang dengan apa yang diperkatakan.

Tak susah nak ngorat Fatin

Menerusi suntingan live yang dimuat naik di Tiktok, kelihatan pasangan itu di dalam kereta sambil menjawab pelbagai soalan yang dikemukan oleh para warganet.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila netizen bertanya bagaimana Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai mendapatkan cinta Fatin sebelum menubuhkan rumah tangga.
Saya jawab jujur. Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian sepenuhnya dari saya.

Sebab kalau korang jadi lelaki yang dominan (berkuasa), lelaki yang Alfa, yang tegas, jadi lelaki yang tahu apa yang dia nak, perempuan akan tertarik.

Jadi, masa saya nak ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin.

Tambah Aliff, lelaki sejati akan merasakan usaha dalam mengambil hati seorang wanita untuk dijadikan suri hati adalah sesuatu yang mudah.

Namun, rata-rata netizen merasakan kurang senang dengan jawapan yang dilontarkan daripada suami pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu.

VIDEO KLIK DISINI

@anynimoussss

Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #trending #viral #fypdongggggggg

♬ original sound – nescafe_iCe – nescafe_iCe

‘Sesuatu la dia ni…’


SUMBER : OH BULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *