Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dilihat sekali lagi melakukan aktiviti rekreasi memancing di sebuah kolam pancing.
YDPA memancing buat kali kedua
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Waawi di TikTok, berkongsi momen yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dapat bertemu dengan YDPA.
Seri Paduka Baginda dilihat meluangkan masa dengan menyatuni dan beramah mesra dengan pengunjung serta para pemancing di kolam tersebut.
Lepas rehat kejap pusing-pusing jumpa rakyat, Tuanku sambung memancing.
Hasil pemerhatian pihak OhBulan!, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat tidak hadir dan YDPA hanya ditemani oleh beberapa pegawai serta pengawal peribadinya.
Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda berjaya menangkap seekor ikan Siakap seberat tiga kilogram (kg) dalam masa hanya kurang 20 minit.
@waawi87 Replying to @ALONG UKASYAH antara moment menarik hari ni, tapi sayang angel camera tak rakam Tuanku 🤦🏻
@waawi87 Daulat Tuanku 🙏🏼
@waawi87 Replying to @Firdzaus Azmi Tuanku Agong berjiwa rakyat ❤️ #kolampoknikperamu
Sumber : waawi87 / ohbulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.