Ker̷ana ti̷ada an̷ak, suami t̷iba2 n̷ak h̷amilkan wan̷ita lain. Aku c̷ari si̷apa. Teng̷ah aku dr̷ive, suami laf̷azkan

#Foto sekadar hiasan. | R̷ahsia Hidup Isteri Ters̷akiti

Aku tak tahu macamana nak mula. Memang aku tak reti berkongsi, walau dengan keluarga terdekat atau kawan rapat. Mungkin malu, lebih kepada takut di adili.

Inilah cerita hidup aku. Aku dan suami masuk tahun ke 8 berkahwin. Aku namakan dia Zain. Kami mula bercinta dari Tingkatan 3. Gelenyor orang tua kata. Kecik kecik dah pandai i lap u, u lap me. Hiks. Lama.

Bila habis sekolah putus, jumpa semula bila sama sama melanjutkan pelajaran di institusi yang sama.

Nampak dia hati berbunga sambung balik. Bila dia start sambung Degree, kitorang putus balik, jumpa semula sambung balik.

Macamtu lah berulang kali. Kenal la lelaki baik, kelakar, berduit, layan aku elok macamana pun, tapi bila nampak Zain, mesti hati aku berbunga semula.

Dia handsome? Tak… tapi manis pada pandangan mata aku.

Dia setia ? Pun Tak…. Masih gatal gatal kacau perempuan sana sini walaupun masa kitorang dah sambung balik.

Kenapa aku masih nak dia? entahlah. Mungkin betul orang kata, perempuan memang suka lelaki yang nakal.

Lepastu sendiri makan hati.

Tambah pulak sebab perangai sengal kami sama, makanan kegemaran sama, hobi sama, buat aku senang dengan dia. Kadang dia buat lawak bodoh pun aku boleh terhibur.

Oh lupa nak bagitahu, kami sepupu. Sebabtu senang nak jumpa semula bila dah putus tu.

To cut a long story short, tahun ke 8 bersama, kitaorang kahwin. Time tu dia pun baru kerja, aku pun tak habis belajar lagi. Bukan senang. Tapi cukup. Allah pun mudahkan jalan nak kahwin tu.

Dengan tahap gaji fresh grad tu dia ikat perut nak menghalalkan aku, nak bagi aku hantaran. Aku pun ada elaun belajar sikit jugak. Jadi cukup la untuk topup apa yang kurang. Alhamdulillah selesai semua.

Zain, suami yang sempurna walaupun dulu masa bujang nakal. Orang kata once a cheater always a cheater kan, tapi tak bagi suami aku. Aku sangat yakin dengan firasat aku dia dah berubah 360 lepas kahwin. Lepas kahwin, hidup aku adalah dia.

Zain akan buat apa saja untuk aku, sangat manjakan aku, sabar layan kerenah annoying aku. Dia lah orang paling aku sayang, sanjung, hormat.

Segala apa keputusan dalam hidup yang aku buat, memang dia lah orang pertama aku rujuk.

Pada aku, Zain suami yang bijak, dia memang pandai bagi pandangan, pandai cakap, tinggi skill problem solving. Betapa aku kagum dan sanjung suami aku.

Awal tahun pertama perkahwinan, memang diuji dengan dugaan kewangan. Dari gaji dia yang cukup cukup makan dulu, aku pun masih belajar, masih menumpang rumah keluarga tapi alhamdulillah semua tu tak lama…. Allah mudahkan rezeki duit, kerjaya, financial keluarga kecil kami.

Career growth aku dan dia berjalan lancar, laju sehinggalah dari tak ada apa apa, sampai kami ada hampir semuanya.

Setiap weekend nak pergi shopping? Tak ada masalah. Even lepas balik kerja nak release stress pun boleh pergi shopping. Tak payah tunggu event atau celebration apa apa.

Nak makan sedap? Bila bila saja. Aku cakap saja bila aku tak larat nak masak sebab penat kerja, mesti Zain akan ajak makan luar.

Bila masak dekat rumah, memang Zain lah ringan tulang untuk tolong walau sekadar tukang kacau lauk atau tukang rasa saja. Comel kan.

Macamtu juga bila kemas rumah, aku lipat kain, dia susun pulangkan ke rak. Aku kemas tingkat atas, dia kemas tingkat bawah. Tersangatlah memahami.

Pada Zain, semua kerja rumah bukan isteri patut buat seorang. Sama sama kerja, sama sama penat. Sempurna kan semua nya. Sumpah aku bahagia dengan Zain…

Sampai lah masa Allah uji kami dengan rezeki anak…

Masuk tahun ke4 kahwin dah tak senang duduk, pergi berubat segala kaedah tradisional, moden, apa saja yang orang kata bagus kami pergi.

Jauh, dekat, kena beratur berjam jama. Kos bukan penghalang. Selalu yang cari tempat tu ni, Dr mana bagus, baca review atau petua apa apa ke, memang aku lah yang baca dan share dengan Zain sebab Zain memang tak suka nak membaca panjang panjang.

Sebabtu aku berani luahkan di sini, sebab aku yakin Zain takkan baca. Lagi pulak kerja dia yang lebih sibuk dari aku, membataskan dia untuk ada effort macamtu.

Untungnya, Zain sentiasa setuju bila aku ajak. Tak pernah sekali keluar ‘tidak’ dari mulut Zain. Sempurna kan suami aku…

Akhirnya kami decide untuk buat IVF- that should be our last resort untuk akhiri penantian dapatkan zuriat ni. Dah decide kalau kena bedrest lama, aku kena berkorban untuk berhenti kerja. Tapi Allah tu Maha Baik, dia mudahkan semuanya.

Rezeki kami buat proses tu right after embri0 transfer terus PKP 1 masatu. Syukur tak payah susah apply cuti dah. Aku dapat WFH. Kos proses tu memang mahal, tapi bila akhirnya nampak dua garis dekat UPT kit tu, ya Allah gembiranya kami.

Akhirnya Allah makbulkan doa doa kami. Dari 3 embri0 yang masuk, bila scan nampak 2 embri0 survive. Mungkin kembar.

Zain paling bahagia. Aku apatah lagi. Jalan tak jejak tanah rasanya. Impian kami nak jadi ibu dan ayah hampir tercapai.

Dah berangan nak anak panggil apa nanti. Bestnya masa tu. Teringat balik pun dah rasa happy. Zain kerja macam biasa walaupun PKP.

Tapi sebelum pergi kerja dia mandikan aku, masakkan untuk aku, potongkan buah, Zain sentiasa pastikan aku dapat makanan yang bagus bagus untuk aku dan baby.

Satu kerja rumah pun aku tak buat. Betul betul rehat saja. Bila malam, kami solat bersama, solat taubat, solat hajat sama sama supaya baby sihat dan urusan kelahiran dimudahkan semuanya. Sempurna kan suami aku…

Masuk beberapa minggu, Dr beritahu bacaan darah tak naik normal, bila check heartbeat baby masih tak dengar, tak setara dengan perkembangan janin yang sepatutnya. Dr tak paksa tapi dia nasihatkan untuk buang sebelum ada nadi.

Proses ni dah mahal, kalau simpan, anak tak sempurna lagi susah nak jaga nanti. Macam nak meletop dada aku dengar Dr cakap macamtu.

Macamana boleh jadi macamtu Dr? Kan embri0 semua gred A. Susah Dr nak jawab. Dia hanya membantu. Allah yang bagi nyawa. Sepanjang perjalanan balik dari rumah ke hospital tu rasa lama sangat, lama kami diam nak digest semula apa yang Dr beritahu.

Semahunya kami berdua nangis dalam kereta sedih sangat ya Allah. Ya, Tahu, faham qada qadar. Tapi kami sendiri masih mencari apalah hikmah semua ujian ni

Terus buang? Mesti lah tak… aku masih tak boleh terima kot. Aku percaya anak ni ada lagi. Macam biasa lah aku dengan perangai aku yang suka baca review ni, aku google sana sini. Ramai saja cakap awal awal memang tak dengar lagi.

Aku decide kalau betul baby dah tak ada biar dia jatuh gugur sendiri. Baru puas hati aku. Zain? Dia paling risau. Takut takut aku tumpah drah bila gugur sendiri. Lagi pulak masatu aku dah habis WFH. Tak nak susahkan kawan kawan sekerja.

Bila beberapa minggu kemudian, bl00dtest dan apa bagai test semula di hospital memang baby dah kena buang. Sumpah sedih sangat sangat.

Lepas aku keguguran, Zain masih jalankan peranan suami yang sempurna. Pakej bertungku, urut, berpantang semua dia cari kan. Aku tinggal tadah badan saja.

Beruntungnya aku dapat suami sesempurna Zain….. Memang aku dimanjakan, Aku ditatang bagai minyak yang penuh.

Zain memang habiskan masa dengan aku. Jarang la nak keluar lepak dengan kawan kawan. Tambahan pula PKP datang lagi, memang lagi melekat kitorang.

PKP mmg seribu rahmat untuk golongan TTC ni, suka betul kalau tak payah jumpa orang, tak payah pergi beraya.

Tak ada jumpa makhluk makhluk yang tanya berdua lagi ke, bila nak ada anak. Tak payah lepak dengan kawan kawan dengar cerita progress anak masing masing. Sedangkan kau krik krikk dekat situ.

Fast forward lepas beberapa bulan keguguran, hubungan kami semakin lama semakin hambar. Bila duduk bincang dengan Zain, dalam berat aku setuju kami sunyi.

Sunyi sebab lepas balik kerja tak ada riuh suara anak yang sambut, malam tidur tak terganggu dengar nangis ketawa anak.

Tambah lagi bila makin lama kahwin, dah terlalu rapat macam kawan baik. Pendek kata “love spark” tu dah makin kurang.

Zain mengaku dia hampir tak percaya Allah kenapa dah selalu doa tapi Allah tak bagi lagi rezeki anak walaupun dah lama kahwin. Orang suruh doa ni, ikut.

Makan supplement ni, ikut. Banyakkan sedekah, ikut. Segalanya dah. Mana kurang, apa salah. Nauzubillah… betul betul kufur nikmat rezeki lain yang Allah dah bagi, amalan tak seberapa tapi masih tak malu tanya kenapa Allah tak makbulkan doa. Bukan Zain saja rasa macamtu, aku pun.

Maafkan aku Ya Allah.

Untuk ambil anak angkat, tu bukan pilihan. Zain memang nak anak dari keturunan sendiri. Kami mula kerap bergaduh perkara perkara kecil.

Ada satu malam, Zain terus terang denganku. Tinggi betul perasaan dia nak mengandungkan perempuan lain.

Dia yakin dia boleh ada zuriat keturunan sendiri walaupun bukan dengan aku. Indirectly cuba beritahu aku lah yang bermasalah.

Rasa nak pecah jantung, semalaman aku tak boleh tidur. Aku terlalu fikirkan kata kata Zain.

Aku benci diri sendiri badan aku tak berfungsi sebagai wanita normal. Aku meraung menangis bawah shower sebab tak nak tidur Zain terganggu.

Tanpa sedar aku pukul badan aku berkali kali berkali kali sampai lebam teruk macam kena belasah samseng esok nya. Aku tak sedar bila Zain peluk, keringkan aku, tukar semua baju dan tidurkan aku.

Berhari hari lama aku fikir dalam dalam apa yang Zain luahkan. Aku terlalu sayangkan suami aku. Aku suarakan aku sanggup bermadu. Asalkan dia tak cerraikanku.

Sebab kami ada lagi simpanan beberapa frozen embri0. Kalau cerrai, macamana nak masukkan semula embri0 tu.

Aku nekad biar aku buat sendiri semula proses dan keluarkan kos semua. Sebab Zain kata dia dah penat nak pergi hospital, beribu kos habis tapi tak ada hasil.

Aku nekad, Asalkan bukan cerai. Mungkin dia boleh dapat zuriat dengan perempuan lain. Nekad tapi sedih.

Berhari hari aku meratap menangis macam orang bodoh. Teruk sangat keadaan aku. Prestasi kerja pun makin teruk. Menangis meratap berdoa minta Allah bagi lah nyawa dalam rahimku.

Makan tidur pun dah tak betul. Zain macam biasa terus pujuk aku tanpa jemu, jangan fikir fikir kan sangat katanya. Dia tak sanggup tengok aku tersiksa macamtu lagi.

Mula dari insiden gaduh besar tu buat aku makin muhasabah diri kekurangan layanan aku pada Zain, demi selamatkan hubungan kami.

Aku mula ajak Zain solat jemaah hari hari. Apa saja doa dan zikir yang aku nampak orang share bagus untuk amalkan, aku ajak Zain sama sama buat.

Aku makin rajin masak. Setiap kali balik kerja penat macamana sekalipun aku cuba untuk masak, siap sediakan bekal sarapan untuk Zain.

Aku layan Zain sebaik mungkin . Bila weekend kami cuba spend masa bersama berdua semaksimum mungkin. Aku cuba whatever it takes untuk wujudkan semula “love sparks” dalam hubungan kami

Sumpah aku betul betul fikir aku dah berjaya buat Zain lupa niat dia nak mengandungkan orang lain macam dia cakap sebelum ni.

Aku fikir dengan macam macam yang kami buat untuk dekatkan diri dengan Allah, Allah akan tolong aku, Allah pandang aku dengan belas ihsan. Allah akan bagi nyawa dalam rahim aku.

Sampailah satu hari ada seseorang hamba Allah hubungi aku. Kawan sekerja Zain juga. Soalan dia, “sejujurnya kau bagi suami kau kawin lain ke?”. Aku tak fikir apa, kan aku cakap suami aku sempurna kan. Mana mungkin aku ragui kesetiaan dia.

Maybe budak tu just nak tahu sebab tahu aku dan Zain dah lama kawin tapi tak ada anak. Aku cakap ntah la. Tapi tak kot.

Dia beritahu benda ni dah lama berlaku depan mata dia, dia betul betul kesiankan aku. Perkara yang aku paling takut selama ni. Ya, Zain ada perempuan lain.

Saat aku dapat tahu tu menggigil tangan aku search profile FB perempuan tu, laju laju screensh0t apa yang patut. Gambar dia, family dia, apa apa detail. Terus aku buka kertas siasatan. Jangan main main dengan tahap siasatan orang perempuan, Bukit Aman pun kalah.

Dalam masa berapa minit saja aku dapat semua detail dia siap no telefon. Aku namakan dia Afiyah. Muda, bertudung, kurus, lagi cerah dari aku. Tapi sopan gaya gaya kampung.

Nampak post dan gambar pun banyak likes mungkin jenis banyak peminat tapi bukan jenis perempuan belanja lurah. Terus laju aku call dia.

Tapi sumpah aku menggigil, dada aku macam nak pecah, tapi sempat aku tanya nama dia dan dia dekat mana sekarang sebelum aku letak.

Aku terus beritahu Superior aku nak balik ambil MC, tak sihat. Berdesup aku start enjin pergi tempat kerja Zain.

Dalam kereta, aku tanya Zain siapa Afiyah, sejauh mana hubungan diorang. Zain ceritakan semua satu persatu. Memang dia ada niat mengahwini Afiyah dan madukan aku.

Zain dah jatuh sayang dengan Afiyah. Pendengar setia masalah kerjanya, lembut, tak melawan turut segala arahan Zain.

Dah lama hubungan tu. Hampir setahun. Every detail apa yang terjadi, macamana berlaku, satu satu Zain ceritakan.

Aku betul betul tak boleh nak terima lelaki yang depan mata aku saat tu, yang sangka sempurna dan akan setia hingga hujung nyawa sanggup khianati aku macamni.

Suami yang sepanjang masa dengan aku, tak pernah balik kerja lambat. Setiap weekend habiskan masa dengan aku. Siap aku yang suruh pergi la keluar lepak dengan kawan kawan.

Bergayut? Main mesej? Sumpah langsung tak ada. Track record bersih. Memang jenis pandai makan, pandai simpan.

Paling best siapa sangka wujud perempuan yang tak kisah kawan dengan suami orang dan tak dapat perhatian sepenuhnya macam orang bercinta. Redha tak dapat dating selalu. Memang sesuai karakter jadi perempuan simpanan

Macam seluruh langit ni menghempap aku, macam seluruh isi dunia ketawakan aku sebab bodoh betul tak perasan perubahan suami aku disaat ada insan lain yang mula berbahagi kasih dengan aku. Betul betul rasa kecewa macam nak mati.

Di saat aku mengamuk luar kawalan, hampir hampir bnuh diri sebab aku yang drive kereta masatu. Zain lafazkan ayat yang paling menakutkan bagi semua perempuan, dengan niat untuk menenangkan aku. “Aku cerraikan kau dengan talak satu”. Masih segar difikiran aku saat tu.

Diam. Bergegar tiang arasy. Jelas dan nyata ayatnya. Zain tak senang duduk. Dia kata dah buat silap besar. Dia tak ada niat langsung nak cerraikan aku. Dia masih sayangkan aku lebih dari apa pun.

Hari yang sama juga terus kami pergi jumpa Peguam Syarie sahkan lafaz talak tu.

Zain percaya apa yang dia buat tak salah. Malah Islam pun tak melarang p0ligami. Sungguh sungguh yakinkan dia betul mampu beristeri dua. Dia cuma inginkan zuriat dari keturunan dia.

Aku? Sumpah betul betul koyak. Aku d3pressed. Berhari hari aku tak makan minum. Kenyang dengan air mata.

Ajaibnya aku masih tak dapat membenci lelaki depan mata aku ni, yang mengkhianati rumahtangga kami. Kalau lah aku boleh terus lari jauh dari semua ni….

Reaksi Warganet

Siti Sariff –
Perkahwinan antara sepupu diharuskan, tetapi tidak digalakkan. Tentu ada sebabnya. Harap confessor reda.

Nurul Aisyah –
Sakitnya Kan. Dah la sepupu, dah bercerrai pun tak boleh lari jauh jauh mesti jumpa balik.

Ada sebab Kita ni kalau boleh jangan kahwin dengan sedara walau halal hukumnya. Perkara yang paling tak nak pun dah jadi. Awak kena kuatlah. Ex awak memang tak guna, semudah Tu jek dia lafaz cerrai…aihh.

Awak Lari jauh jauh la bina kehidupan baru. Di setiap Perkara yang mnyedihkan dalam hidup Kita insyaAllah Ada kebaikannya. Percayalah dengan Takdir Allah…

Ruaslina –
Dik.. Allah duga kita dik.. Adik sabar yer.. Bukan adik saja yang Allah duga.. Setiap kita yg memjadi hamba Allah pasti ada dugaannyer.

Yang tercalar, yang da retak memang tak boleh dicantum dan di tutupi dengan elok.. Tapi dengan kita muhasabah dan redha atas dugaan Allah.. Lama lama Insyaallah kita akan pulih walaupun kekadang terasa sakit nyer.

Insya Allah dik.. Bila kita tak berpaksikan pada insan. Hati itu akan mulai sembuh sedikit demi sedikit…

Fatanah Zakirah –
Perkahwinan bukan hanya pasal anak.. anak tu ujian, tengok berapa ramai yang kahwin takde anak tapi boleh bahagia.

To tt be strong dan fikirkan secara rasional samaada terima atau tidak untuk bermadu. But to think again that u too deserve to be happy even takde anak lagi sekalipun.

Percaya aturan Allah untuk sangat berhikmah dan akan bagi pada waktu yang sesuai rezeki nan 1 tu especially bila kita redha sebenar2 redha.. from ex ttcian hugs

Atifa Zuhayra –
Mungkin Allah tak bagi korang anak sebab tahu salah sorang tak adil mencintai.

Suami akan duakan awak, dia akan bantu awak dari segi pregnancy journey kalau appointment ivf pun skip?

Dia akan tolong awak masa pantang dan parenthood journey ke kalau hati dia sibuk fikir org lain? at first place lagi dah tak respect awak.

Cari hikmah dan awak akan bahagia sis. Kadang kita tak nampak kenapa benda yang kita nk tu, Allah beria taknak bagi walau segala kemungkinan untuk “ada” kan tu boleh. Allah maha besar. Dia lebih tahu isi hati suami awak.

Sumber : Marisa (Bukan nama sebenar) via IIUMC – ARtikel dipetik dari- edisimedia / Media Portal

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Touch ‘n Go eWallet Kini Tersedia Di foodpanda & Korang Berpeluang Nikmati RM12 Diskaun!

Orang-orang bujang, student universiti dan mereka yang selalu busy tu mesti boleh relate kan bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *