Dah kahwin pun masih dihina? Fatin Afeefa luah rasa terkilan

Pelakon Fatin Afeefa seolah-olah terkilan apabila seseorang individu ‘memetik’ nama akaun TikToknya pada ruangan komen sesuatu posting video yang membicarakan soal ‘dua jenis perempuan di dunia’.

Individu tersebut menyatakan bahawa dua perempuan itu yang pertama adalah jenis bermata duitan, manakala seorang lagi jenis setia bersama pasangan buat selama-lamanya.

Opsss

“Dua jenis perempuan. Mata duitan dan yang setia hingga hujung nyawa. Opps @fatinafeefa8,” tulisnya baru-baru ini.

Tidak diketahui tujuan namanya ‘dipetik’, pelakon berusia 28 tahun itu menganggap ia adalah satu penghinaan apatah lagi pernah bergelar status ibu tunggal.

Fatin berkata, dia tidak mengacau mahupun mengenali individu berkenaan yang meninggalkan komen dipercayai sehingga mengguris hatinya.

“Saya tak kacau awak, kenal awak pun tidak. Awak hina saya macam ni. Cuma sebab status saya ibu tunggal. terima kasih,” kata Fatin.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Cindai itu enggan memanjangkan isu tersebut walaupun segelintir warganet meminta dia untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dia bukan mampu bayar saman – Fatin

Terdahulu, video terbabit dimuat naik oleh @malayrasputin yang dilihat seperti membandingkan ‘nilai kekayaan’ antara dirinya serta suami Fatin iaitu Aliff Awang.

Ada 2 jenis perempuan je dalam dunia ni. Sila sambung….

VIDEO KLIK DISINI

@malayrasputin

Moral of the story : Ada 2 jenis perempuan je dlm dunia ni. Sila sambung….

♬ Sure Thing (sped up) – Miguel

“Ini Opai (nama panggilan Aliff), dia pakai sport car. Dapatlah merasa janda anak dua. Aku pakai kapcai je, bahagia je dengan awek-awek import,” tulis @malayrasputin dalam video berkenaan.

Sumber: TikTok @malayrasputin / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Cikgu tu d̷ah bersu̷ami, an̷ak 3. Terg̷amak suamik̷u dan dia bohong aku, Aku rasa sesu̷atu, t̷api ti̷ada b̷ukti. Hinggal̷ah mal̷am tu

#Foto sekadar hiasan. | Suamiku dan Ex-Cikgu Anakku Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Umairah, berumur …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *