Ganggu & nikah tanpa izin, keluarga Ira Kazar berdepan saman hina mahkamah

Selepas urusan menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjalan lancar, Puteri Sarah dan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader telah mengadakan sidang media serta menjawab beberapa soalan daripada media.

Memetik laporan dari Mstar, peguam Puteri Sarah dengan keputusan yang jelas yang akan diteruskan kepada keluarga Ira Kazar kerana didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Terang2 langgar perintah mahkamah

Hal ini susulan Ira dan keluarganya telah melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan.

“Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari

“Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tetapi jelas sekali mereka sudah melanggar perintah berkenaan,” katanya.

Berani nikah di Thailand lagi

Ujar Akberdin lagi, pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu defendan.

Malahan mereka melakukan tindakan lebih berani dengan bernikah di Thailand tanpa kebenaran mahkamah syariah di Malaysia.

“Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelanggaran yang telah berlaku. Sebelum ini memang mereka telah melanggar namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya

“Kali ini nampaknya memang melanggar yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai.

Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat kebenaran mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi,” katanya.

Untuk rekod, tarikh prosiding pertama tuntutan yang dibuat Puteri Sarah akan bermula pada 8 Mac iaitu sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan.

Difahamkan tindakan tersebut dibuat susulan kemelut rumah tangga dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof yang masih tiada penghujungnya.

Sebelum ini, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapanya, Kazar Saisi.

Sumber: Mstar / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *