Isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga pasangan suami isteri hangat diperkatakan ketika ini. Malah, perkara berkenaan secara tidak langsung membuatkan hubungan suami dan isteri menjadi retak.
Curang dengan rakan tempat kerja
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chiysyilla Jaafar di Facebook, seorang isteri mendedahkan wajah wanita yang menjadi perampas rumah tangganya.
Ujar si isteri, bekas suaminya tergamak melafazkan cerai dengan talak tiga ketika anak-anaknya masih kecil dan mendakwa semuanya berpunca daripada lelaki berkenaan curang dengan si perampas ketika di tempat kerja.
Ni lah muka manusia yang merampas kebahagiaan anak-anak aku yang masih kecil. Aku diceraikan talak 3 sebab dia.
Hati isteri mana yang tidak akan rasa remuk apabila hubungan terlarang itu dirahsiakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
Rupanya isteri orang
Lebih mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan masih berstatus isteri dan umurnya dalam lingkungan 40-an.
Dua tahun dia bercinta dengan suami aku dan satu keluarga dengan suami aku, Memang aku rasa teraniaya. Dia curang dalam diam dua tahun dari PKP aku tak tahu.
Dia isteri orang tapi memang tak cukup aku rasa. Umur 40-an.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut mengatakan lelaki berkenaan ingin meraikan bekas isterinya.
Dia yang tinggalkan kau kenapa nak salahkan aku. Muka kau cantik sangat ke? Suami kau tinggalkan kau jugak.
Malah, bekas suaminya nekad untuk berkahwin dengan si perampas walaupun wanita itu masih berstatus isteri orang.
Aku dah suka dia. Aku nak kahwin dengan dia.
Sekarang penyondol boleh kena saman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan supaya Chiysyilla menyaman perampas kebahagiaan rumah tangganya itu.
Sumber : Chiysyilla Jaafar, Ceo of oii / OhBulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.