Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian

Mayat seorang wanita ditemui terapung oleh seorang pemancing di kawasan perairan yang terletak kira-kira enam batu nautika dari Pulau Perhentian sekitar jam 11.30 pagi semalam (Rabu).

Ikat pada tali ujang

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Azrol Anuar Nor, pemancing berkenaan mendapati mayat itu dalam keadaan terapung kemudian bertindak menarik lalu mengikatnya pada tali unjang supaya mayat terbabit tidak dihanyutkan arus.

Pemancing berkenaan kemudiannya penemuan penemuan mayat tersebut di Balai Polis Pulau Perhentian. Bagaimanapun usaha pihak polis ke lokasi mayat itu terpaksa ditangguhkan semalam memandangkan keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Susulan daripada itu, Azrol memberitahu pihaknya hanya boleh bergegas ke lokasi terbabit kira-kira jam 11.15 pagi hari ini (Khamis) setelah keadaan laut bertukar reda. Malah, tambahnya lagi, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan hanya berbaju dan memakai sarung tangan kain.

Identiti mayat tersebut termasuk status kewarganegaraannya belum dapat diketahui pasti dan pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan mangsa.

Selain itu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes orang hilang di daerah ini setakat ini dan siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti identiti mayat. Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama / OhBulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *