Tak Boleh Terima Hakikat Bercerai Dengan Isteri, Lelaki 53 Tahun ‘Join’ Anak Hisap Dadah

Seorang lelaki berusia 53 tahun yang juga merupakan seorang bapa merupakan antara penagih dadah yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada Khamis di sebuah ladang kelapa sawit.

Belajar hisap dadah dengan anak

Berikutan tangkapan di Kedah itu, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia menghisap dadah hasil daripada ajaran dan ajakan anak lelakinya yang turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Kegiatan anak-beranak itu bermula selepas lelaki tersebut mengakui dia menghisap dadah kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa hubungannya bersama isteri berakhir dengan penceraian.

Sementara itu, dalam sebuah serbuan di satu lagi ladang kelapa sawit menemui seorang datuk kepada lima cucu mengatakan dirinya ingin membeli roti canai dan terpaksa menggunakan jalan di kawasan tersebut untuk ke lokasi.

Pun begitu, alasannya tidak diterima oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang menjalankan operasi berkenaan.

Menurut Superintendan Anuar Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Daerah Kuala Muda, seramai 48 orang penagih dadah termasuk seorang wanita berjaya ditahan dalam serbuan yang dilakukan.

Lokasi ini sudah diserbu berkali-kali tetapi nampaknya penagih dadah masih lagi menjadikan ianya sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan.

Hasil daripada operasi itu juga, pihak polis berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai RM915 dengan berat 26.15 gram dan juga 1.2 gram syabut yang bernilai RM120.

Sumber: Sinar Harian / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *