[VIDEO] BONDA ROZITA TAK KISAH MENANTU TAK PANDAI MASAK, BANGUN LAMBAT.. ASALKAN BERPENDIDIKAN & JADI USAHAWAN

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tampil berkongsi pengalaman peribadi menjadi seorang mentua.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Le Rawda, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda itu berkata, dia tidak kisah sekiranya menantu tidak pandai memasak dan mengemas rumah.

“Kedua-dua menantu saya tak pandai masak dan berkemas sebenarnya. Saya tak pernah marah menantu saya lambat bangun tidur dan tak pandai berkemas. Yang hias rumah tu sebenarnya Syukri.

“Dulu mak saya mesti kena ada menantu pandai masak, cari kutu dan pandai kemas rumah. Zaman sekarang dah berubah.

“Saya tak kisah menantu saya tak pandai masak.. Slogan saya dengan anak perempuan saya, ‘kita jadi perempuan ni, lelaki sayang atau tidak sayang, lelaki ada atau tak ada, cerai hidup atau cerai mati.. kita kena pendirian teguh dan mampu berdiri. sendiri.. jadi jangan bergantung kepada lelaki’,”kongsinya.

Sementara itu, Bonda Rozita turut mendedahkan menantunya perlulah berkecimpung dalam industri keusahawanan dan mempunyai banyak ilmu.

“Bila masuk kepada keluarga saya, menantu saya kena pandai kerja, berpendidikan dan banyak ilmu dan kena jadi usahawan. Kalau menantu saya balik, saya masak untuk menantu-menantu saya,” katanya lagi.

https://media.xtra.com.my/2023/01/ssstik.io_1674112532611.mp4?_=1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Bonda kerana menjadi seorang ibu mentua yang sangat baik.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang dapat mengaitkan sikap Bonda Rozita seperti ibu mentua mereka yang memberi layanan baik.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadinya kerana tidak semua ibu mentua mempunyai sikap yang baik.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

SUMBER : HOTFM

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial. Jangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *