Seorang wanita dikenali sebagai Nik menjadi bualan hangat netizen apabila videonya bersama suami yang jauh lebih berusia tular di media sosial.
Kahwin dengan lelaki berumur
Menurut wanita berusia 20 tahun itu, suaminya kini berusia lingkungan 70-an dan merupakan perkahwinan kedua.
Dalam pada itu, Nik tidak kisah dengan perbezaan umur kerana apa yang penting adalah dia sangat menyayangi warga emas.
Umur Nik 20 tahun, suami pulak 70 ke atas.
Saya dan biasa dah kahwin dengan orang tua. Dari umur 18 dah habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua.
Apabila mengenai suami pertamanya, wanita itu ditanya mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah meninggal akibat sakit dada sebelum bertemu dengan pasangan baru.
Korang tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama akak dah meninggal sakit dada.
Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa. Lepas tu mama cakap lelaki tua, Nik cakap tak apa mama lelaki tua pun tak apa sebab Nik sayang warga emas.
Mama cakap dia ada kereta ada rumah sendiri. Nik pun happy senang lah nak bawa Nik pergi jalan-jalan.
@aladamramadhan nik syg warga emas….
@nik.164 #CapCut tak fyp pun
‘Kita doa baik-baik je’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.
Sumber : aladamramadhan, nik.164 / OhBulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.