Video sarung cincin dikecam, individu dakwa pengantin rupanya insan istimewa

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial terutamanya dalam aplikasi TikTok memaparkan pengantin lelaki dilihat segan untuk menyarungkan cincin ke jari manis isterinya selepas selamat diijabkabulkan.

Mungkin situasi seperti itu dalam acara pernikahan sering ditularkan, ramai netizen memberikan kata-kata negatif kepada pengantin kononnya ‘terpaling halal’ sehingga perlu diajar oleh tetamu yang berada di situ.

Hampir tiga minit untuk sarung cincin

VIDEO KLIK DISINI

@mashitahmashitah1

Alahai pengantin nie malu2 plk… Alhamdulillah selesai sudah… First time jmpa yg mcm nie… Selamat pengantin baru Maisarah dgn Aidil Ashraf… Semoga kekal bahagia…

♬ Devil Inside Me – Nor King

Walau bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan sebab mengapa acara yang sepatutnya diraikan itu kelihatan seolah-olah serba tidak kena di mata segelintir netizen.

@mashitahmashitah1

Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah jodoh pilihan Allah… Org baik dpt jdoh pn yg baik ii…

♬ Kehilanganmu Berat Bagiku – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜

Seorang pengguna laman Twitter, @nabilfikran10 menerima Direct Message (DM) daripada individu itu yang mendakwa pasangan pengantin iaitu Aidil Ashraf dan Maisarah merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Wallahualam


Individu tersebut mendakwa, salah seorang rakannya berada dalam video berkenaan selain menjelaskan bahawa pengantin baharu itu adalah golongan istimewa.

“Salah seorang kawan saya ada dalam video tu. Memang betul pengantin perempuan OKU dan suaminya seperti kurang keupayaan macam tu.

“Tak tahu nak jelaskan dia macam mana. Tapi saya rasa sedih bila orang kecam kedua-duanya,” tulis individu terbabit.

Namun begitu, pemilik video sebenar di TikTok, @mashitahmashitah1 tidak membuat sebarang pengesahan berhubung dakwaan itu sebaliknya membenarkan sahaja netizen meninggalkan pelbagai andaian sendiri.

Sumber: TikTok @mashitahmashitah1, Twitter @nabilfikran10 / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *