Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah – Kazar Saisi

Sejak rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hebat diperkatakan di media sosial, ramai pihak yang terkena tempiasnya termasuklah ahli keluarga mereka.

Antara yang teruk dikecam ialah isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada aktor senior, Kazar Saisi selepas dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.

Sebarang perkongsian di media sosial melibatkan Ira dan juga Kazar kerap kali mendapat perhatian ramai.

Kongsi video berkaitan Karma

Terbaru, Kazar telah memuat naik semula video berkenaan ‘karma’ yang dihadapi kereta dalam video yang dikongsikan di Instagramnya

Mungkin kita sedang hadapi kifarah

Di akhir penulisannya, dia boleh muhasabah diri dengan mengatakan mungkin juga kita sedang menghadapi kifarah dan mudah-mudahan kita semua diberi peluang yang ikhlas.

“Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah…mudah-mudahan kita semua dikurniakan keredhaan yang ikhlas,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, kiasan yang dibuat Kazar tidak boleh dipastikan tujuannya dan boleh jadi ia sekadar menulis kata-kata motivasi untuk dirinya sendiri atau buat peminat-peminat yang mengikuti media sosialnya.

Terdahulu, nama Kazar Saisi atau Kazaruddin Saisi telah terpalit sama dalam masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul Yusof apabila menjadi wali perkahwinan untuk anak perempuannya, Ira Kazar dengan pengarah tersebut di Thailand.

Susulan daripada itu, keluarga Syamsul dilihat tidak dapat menerima Kazar sebagai besannya dan enggan memaafkan keluarga pelakon berkenaan kerana membenarkan menantu mereka, Puteri Sarah berendam air mata.

Sumber: Instagram Kazar Saisi / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *