Jiwa muda… Itulah satu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan gelagat seorang wanita berusia 62 tahun yang dilihat masih aktif bermain rollerskate.
Lebih mahir daripada anak
Perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara TV Alhijrah iaitu Hanan Abdul Rahman di TikTok berjaya mencuri tumpuan ramai dek kelincahan ibunya bermain rollerskate.
Bila mak kau umur 62 tahun lagi pandai main rollerskate daripada kau. Kau pun tak pandai sangat. Oh Tuhanku!
Malah, menerusi video yang berdurasi satu minit itu juga, beberapa skil rollerskate ditunjukkan oleh ibunya.
Tudung labuh dapat pujian
Selain daripada kemahiran yang ditunjukkan, penampilan bertudung labuh ibunya juga mencuri tumpuan warganet di bahagian komen dengan mengatakan bahawa ianya tidak menjadi halangan untuk melakukan sebarang aktiviti.
Comel je mak cik ni main rollerskate. Tudung labuh on point, terletak elok je!
Salute dengan mak cik! Tak kisah tudung labuh, janji dapat feeling main rollerskate.
@hananrahman86 Aku tercabar 😩 #fyp #ForYourPage #shouldbeme #TrendingMalaysia #MalaysiaTiktok
Sumber: TikTok /OhBulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.