Azhar Sulaiman Restu Sekiranya Kasih Iris Leona Kahwin Suami Orang

Pelakon Azhar Sulaiman akur sekiranya anak perempuannya, Kasih Iris Leona ditakdirkan untuk berkongsi kasih kerana poligami.

Izin anak bermadu

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azhar meletakkan empat syarat kepada personaliti media sosial berumur 21 tahun sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Kata Azhar, 52, lelaki berkenaan wajib mempunyai pendidikan bertaraf ijazah, menghormati maruah Leona dan keluarga serta bijak menguruskan hal keluarga tanpa kecoh satu Malaysia.

Nampaknya ramai yang mengata anak perempuan saya akan mendapat bini nombor dualah, nombor tigalah.

Resmi mami (gelaran bahasa diri Azhar) senang. Terima sesiapa sahaja asalkan ada ‘degree’ (ijazah) dalam pelajaran. Pastikan hormat dan jaga maruah anak perempuan saya serta keluarga jika calon sudah berkahwin.

Uruskan hal-hal dalaman kamu dengan berhemah dan jangan sampai ke satu Malaysia. Akur ajal jodoh di tangan Allah SWT.

Dalam pada itu, pemilik nama Hairi Azhar Sulaiman mendedahkan Leona lebih suka jejaka berketurunan Cina menjadi pilihan hati.

Anak saya suka jejaka Cina. Saya rasa merekalah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti.

Hasil pemerhatian OhBulan!, hantaran tersebut telah dipadam selang beberapa jam dikongsikan kepada umum.

Sebelum ini, Azhar berterima kasih kepada Leona kerana menjadi punca rezeki lakonan tidak pernah putus selama tempoh setahun.

Kata Azhar, kontroversi yang dilakukan Leona menyebabkan namanya juga terpalit sekali.

Sumber: Instagram / OhBulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *