Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super.
Menerusi laporan Sinar Harian, disiarkan dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita tersebut di sebuah restoran di Shah Alam.
Tarik rambut
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.
Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam rancangan realiti televisyen. Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.
Tambah Iqbal, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.
Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran. Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil untuk memberitahu percakapan berhubung kejadian.
Sumber: Sinar Harian / Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.