‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial.

Jangan seronok mengata

Penyanyi Datuk Nora Ariffin kelihatan tertarik untuk membuka Instagram (IG) miliknya.

Menerusi hantaran itu, Nora mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika berbicara. Kata selebriti berumur 50 tahun itu, kemungkinan ibu atau diri sendiri juga merupakan hasil perkahwinan daripada isteri kedua, ketiga atau keempat.

Hati-hati, ketika kita seronok mengata, menghina dan melabel orang lain kerana takut kita juga adalah hasil daripada perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dahulu lagi.

Biar berpada-pada

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin bertanya adakah tergamak untuk menggelar ahli keluarga sendiri sebagai penyondol? Pesannya lagi, tidak salah untuk beremosi tetapi harus ada had limit.

Sanggupkah kita menghina ibu, mentua atau nenek moyang kita dengan panggilan penyondol, perampas dan sebagainya?

Berhati-hati. Beremosi sedikit itu okey. Marah, geram, tidak suka itu adalah fitrah tetapi biarlah berpada-pada.

Sekadar info, Nora berkahwin buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya merangkap sahabat baik arwah suaminya iaitu Rushdi Ramli. Walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai butiran majlis perkahwinannya itu.

Sebelum itu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Kemudian, pada 13 Disember 2019, Nora diduga pula dengan kematian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun.

Sumber: Instagram / OhBulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

DULU AKU MAINKAN ANAK OR̷ANG. LEP̷AS 15 T̷AHUN, KIFAR̷AH AKH̷IRNYA TIBA. AN̷AK KU PULA JAD̷I M̷ANGSA SUAMI OR̷ANG

#Foto sekadar hiasan. | Saya Kes̷al Pern̷ah Ros̷ak Maru̷ah An̷ak Or̷ang Assalammualaikum w.b.t dan salam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *