Kamera, Kasut & 14 Beg Tangan Jenama Mewah Milik Ashanty Lesap Dalam Rumah

Penyanyi Indonesia, Ashanty memohon bantuan daripada pengikutnya di media sosial untuk mengesan 14 beg tangan berjenama mewah miliknya yang dipercayai hilang

14 beg tangan mewah

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, isteri Anang Hermansyah ini meminta tolong kepada netizen untuk membantunya mencari semula beg tangan berkenaan yang mungkin dilarikan oleh individu yang dikenali. Ashanty memohon bantuan netizen sekiranya berjaya menemui orang terdekatnya yang dilihat tiba-tiba menggunakan permintaan berjenama atau sudah menjual barang-barang yang hilang itu.

Guys kalau ada orang terdekat aku (saya) yang pakai atau jual barang-barang ini tolong segera hubungi ya kerana kita kehilangan 14 tas (beg tangan).

Difahamkan, antara jenama beg tangan mahal Ashanty yang hilang itu seperti Hermes, Prada, Louis Vuitton, Gucci, Dior, dan banyak lagi. Bukan itu saja, ada barang berjenama lain juga yang hilang iaitu kamera dan kasut. Menurut Ashanty, dia kehilangan barangan berharga dan mewah yang menyebabkannya mengalami kerugian besar. Ujarnya lagi, kejadian itu pasti berlaku di dalam rumahnya sendiri selepas menyedari semuanya sudah hilang akibat dicuri.

Disoal mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Ashanty memberitahu rumahnya lengkap dengan ciri keselamatan. Oleh sebab itu, Ashanty yakin pencuri tersebut merupakan orang yang sudah biasa keluar masuk dalam rumahnya. Berikutan posting di media sosial, Ashanty berkata pelaku yang mencuri barangnya sudah membuat pengakuan.

Sumber: Ashanty / OhBulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

DULU AKU MAINKAN ANAK OR̷ANG. LEP̷AS 15 T̷AHUN, KIFAR̷AH AKH̷IRNYA TIBA. AN̷AK KU PULA JAD̷I M̷ANGSA SUAMI OR̷ANG

#Foto sekadar hiasan. | Saya Kes̷al Pern̷ah Ros̷ak Maru̷ah An̷ak Or̷ang Assalammualaikum w.b.t dan salam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *