Sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar menjadi tempat seksaan untuk mangsa-mangsa yang terlibat dengan penipuan dalam syarikat tersebut. Baru-baru ini, suasana di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lebih baik apabila terdapat lima mangsa penipuan kerja itu tiba di Malaysia.
Diugut teruk
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Malaysia Gazette, mangsa-mangsa dikerah untuk bekerja dari 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam tanpa sebarang gaji. Fizikal dan mental kesemua mangsa yang menjadi sindiket pemerdagangan manusia itu semestinya terseksa.
Menurut salah seorang mangsa, Syafinaz Abdullah, 19, mengakui mula menyedari sudah ditipu apabila diugut ‘teruk’ oleh syarikat tersebut jika tidak mencapai keuntungan RM20,000 sehari (30,000 Yuan).
Kami kena ugut makan babi dan tikus. Kalau tiada yang kena sale, kami akan diugut untuk dirogol.
Tambah gadis tersebut, mereka terpaksa melakukan penipuan dan menjadi scammer menerusi aplikasi yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti kereta sewa.
Sementara itu, mangsa berusia 19 tahun meluahkan rasa syukur kepada Peter Wong dan YB Sim kerana membantu membawa pulang mangsa-mangsa teraniaya di Myanmar.
Walau bagaimanapun, masih terdapat mangsa yang belum berjaya dibawa pulang ke Malaysia kerana perlu menempuh satu proses yang sukar.
@malaysiagazette Replying to @commenter Pengalaman Ngeri Diugut Makan Babi, Dirogol Gara-Gara Tak Dapat ‘Sale’ 30 Ribu Sehari . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar
Sumber: Tiktok @malaysiagazette / OhBulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.