#Foto sekadar hiasan. | Saya Kes̷al Pern̷ah Ros̷ak Maru̷ah An̷ak Or̷ang
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera… Saya harap cerita ini dapat diterbitkan. Saya ini sudah pun berumur 46 tahun.
Saya ini pernah mainkan seorang gadis lebih kurang 15 tahun lepas. Baru baru ini anak saya pulang kerumah menangis dek dipermaink̷an tem̷an lelakinya dan alami masal̷ah j̷antung.
Saya nak cari lelaki itu tetapi an̷ak g̷adis menjadi bisu tak mahu cerita.. Siang malam men̷angis. Nak kata tak dijaga elok, saya sudah beri lebih perhati̷an dan ajar̷an agam̷a. Minggu lepas masuk hospit̷al alami masalah j̷antung.
Ini semua salah saya tak mampu pendam lagi. Saya bertaubat membaiki perkahwinan saya kembali selepas saya curang dahulu tetapi mengapa tuhan masih membalas? Saya sangka saya dah buat semua keputusan yang betul..
Saya temukan laman ini pun sebab saya taip berziina perempuan ketiga. Saya baca banyak berkaitan ziina tetapi saya tak jumpa solusi.
Saya sudah cuba tanya kepada ustaz ustazah tetapi saya tak dapat jawapan. Dahulu saya bercinta dengan anak gadis orang sehingga berziina.
Dia bukanlah gadis liar tetapi gadis biasa sopan. Dia datang dari keluarga yang bermasalah dan jenis pemalu. Kami bercinta hingga terlanjur.
Saya mengambil daranya dan kemudian saya mula sedar saya memang tak akan kahwin dia dek tak akan diterima isteri dan anak saya.
Kami ziina banyak kali dan saya bersalah kerana bagi banyak harapan palsu. Saya rasa amat bersalah kerana dia gadis suci yang langsung tidak tahu apa apa.
Namun, saya cuba tipu diri untuk percaya dia yang sudi untuk sedapkan hati.
Saya mahu halalkan dia tetapi saya takut isteri marah dan tinggalkan saya. Gadis itu jadi baran dan murung menunggu saya. Saya layan gadis itu endah tak endah harap dia tinggalkan saya. Saya memang tak tahu apa saya perlu buat waktu itu.
Gadis itu akhirnya beritahu isteri. Isteri saya menyuruh dia jangan kacau saya lagi. Saya ambil peluang putuskan hubungan dengan gadis itu dan jujur kata waktu itu, saya amat lega mempunyai alasan dapat lepas tangan dari komitmen lagi.
Waktu itu saya fikir dia adalah gadis yang tak elok dek dia selalu maki saya dan murahan. Saya bersungguh taubat dan bina kembali keluarga saya.
Saya fikir Islam suruh utamakan isteri jadi saya tinggal gadis itu dan fikir nak gembirakan isteri sahaja.
Isteri tahu saya berziina tetapi saya tipu kata gadis itu pelacur dan mengugut saya untuk tidak tinggalkan dia. Saya sangat keji dek saya cuma fikir mahu menyelamatkan perkahwinan dan anak saya sahaja.
Gadis itu ada datang kembali cari saya tetapi saya sorok. Hidup saya berubah elok dan isteri juga memikat saya kembali. Isteri juga tak putus doa agar anak dijauhkan dari lelaki jahat.
Jujur kata saya ada rasa bersalah mengenang nasib gadis itu tapi saya pujuk hati anggap gadis itu tidak elok dijadikan isteri dek murahan dan sanggup meruntuhkan rumah tangga.
Alangkah baiknya jika saya mengerti lebih awal bagaimana rasa maruah dipermainkan.
Kini, saya mula mengerti kenapa gadis dahulu dari sopan bertukar bermulut baran bermatian memaki saya menyuruh menjaga maruahnya.
Saya sudah cuba sedaya upaya berubah agar tak dapat kifarah.. Gadis itu melepaskan saya dengan mudah selepas isteri saya tahu. Dengan keluarganya yang bermasalah, saya tahu tiada siapa akan membela nasib dia buat saya rasa lebih selamat tinggalkan dia.
Mungkin sahaja ketika saya membawa keluarga makan mewah cuba ambil hati isteri, gadis tersebut bertarung nyawa dek kecewa dan takut.
Saya minta maaf… Kifarah akhirnya tiba pada tahun ini. Saya melihat betapa lemau dan kosongnya pandangan anak gadis saya, lebih teruk dari isteri saya ketika mengetahui saya curang dahulu.
Anak gadis saya yang elok akhlak agamanya dipermainkan suami orang juga. Perit fikir mungkin sekali lelaki itu juga sedang bercuti bersama keluarganya membina hubungan kembali.
Saya pula dipulangkan dengan anak gadis yang sudah rosak dan hancur masa hadapannya..
Apa saya perlu buat sekarang ini? Setiap malam saya menangis dan jiwa saya musnah mengenang nasib anak.
Macam mana saya mahu cari gadis itu kembali untuk meminta maaf kalau dia sudah lama tinggalkan saya? Bagaimana saya nak pulihkan anak saya kembali? Kesihatan jantung anak saya merosot teruk, patah hati..
Saya tahu kisah ini dari hp perbualan cinta anak saya bersama lelaki tersebut. Kata terakhir lelaki itu mengatakan ‘Lelaki bodoh je nak pompuan murah perosak macam ko’ menyengat hati saya dan kemudian dia sekat nombor hp anak saya.
Saya sudah cuba hubungi berkali kali menggunakan hp yang berlainan tetapi lelaki itu sudah menukar nombor henfon.
Mahu cari laman sosialnya, anak saya masih berdiam diri. Sudah berbulan anak saya tidak lagi berkata apa apa pada saya dan emaknya.
Dia kelihatan bagai mayat hidup yang hanya menangis. Saya nampak dia bertaubat dan menangis di sejadah. Saya buntu sangat dan saya malu bila keluarga bertanya mengapa anak saya menjadi sebegitu..
Melihat anak saya membuatkan saya asyik terkenang gadis dahulu dan fikir adakah dia masih hidup….
Jika dapat berpatah balik, saya harap saya jujur pada isteri dan berkahwin sahaja lagi. Walhal p0ligami itu halal tapi dek rasa takut, saya mengambil ringan bab maruah gadis itu.
Saya sangka kehidupan yang kembali tenang selepas bertaubat menandakan saya membuat keputusan yang betul berbalik kepada isteri.
Alangkah bdohnya saya berfikir begitu mudah lepaskan tangan selepas melakukan dosa.
Makin saya bertaubat dahulu, makin bersalah saya rasa pada gadis itu tetapi dek kehidupan yang bertambah baik, saya abaikan perasaan.
Mohon doakan anak saya sihat kembali kerana saya bimbang jika gadis dahulu alami lebih teruk, anak saya dan saya juga akan merasakan hal yang sama…
Sakit mental anak saya menyebabkan dia sukar pulih dan mengalah untuk berjuang hidup lagi. Isteri saya juga sudah jadi tak keruan tak terurus..
Dahulunya fikir dosa saya akan dibalas pada saya tetapi mungkin tuhan lebih tahu bagaimana mahu membuat saya rasa peritnya maruah di pandang ringan iaitu dengan menggunakan anak gadis yang saya sayang.
Apa saya perlu lakukan agar anak saya kembali sihat?
Saya terfikir adakah dahulunya jalan terbaik adalah menjaga maruah gadis berkenaan? Jika isteri ugut bercerai, bagaimana saya hendak jaga maruah gadis itu?
Akan tetapi jika saya tinggal gadis itu terus, kifarah pula berbalik….
Dari dahulu saya cuba mencari jawapan apakah tindakan yang sewajarnya? Sekarang bila nampak siksanya anak saya ment̷al fizikal, hati saya luluh…
Saya akan terus mencari lelaki itu dan tak akan saya lepaskan..
Saya buntu sangat apa saya perlu lakukan sekarang dengan tiada info tent̷ang lelaki itu. Hati saya tak tenang rasa bersal̷ah kerana saya juga pernah menyeb̷abkan an̷ak g̷adis lain sebegini. Siks̷anya hidup rasa maru̷ah tercal̷ar dan tak boleh berbuat apa.
Saya hanya duduk termenung disebelah anak yang lesu bert̷arung ny̷awa bersama isteri yang tak berhenti men̷angis…
Mungkin saya harus redha terima sahaja takdir balas̷an ini…
Saya menyes̷al dan tahu saya penyeb̷abnya.. Saya rasa p̷erit dan mahu melu̷ah t̷eruk kerana kini keluarga saya seperti semuanya m̷ati…
Maafk̷an abah….
Re̷aksi Warg̷anet
Asiahani Ismail –
Maaflah pakcik, habis je baca confessions ni terus saya cakap alhamdulillah..
Kawan saya pun pernah kena macam ni, dipermainkan laki orang yang mengaku bujang.
Lepas tu kena tingg̷al, nak ment̷al dia. Memang kalau dia meng̷adu saya cak̷ap minta dekat Allah s.w.t yang terbaik.
Alhamdulillah pakcik pun dah dapat balasan terbaik kan untuk ape yang pakcik dah buat.
Kenapa sedih lagi, patut bergembira lah, dulu buat anak orang tak ingat.
Maaflah kasar, pasal saya sendiri memang sedih tengok kawan saya tu depress nasib dia tak terjun bangunan je..
Syuria Ijai –
Aruwah abah dulu selalu pesan pada kami adik beradik jangan zalimi orang walaupun tak kena pada kita tapi perkara tak baik yang kita buat akan kena pada keluarga kita, jadi berhati hati.
Kadang doa itu bukan dari gadis itu malah mungkin doa ibu bapanya kita tak tahu.
Nasihat saya jumpa la keluarga dan gadis tersebut minta maaf. Sepertimana kecewanye encik, begitu juga keluarga beliau..
Faridah Husin –
Semoga penulisan encik tersebar seluasnya dan jadi peng̷ajaran buat kedua kaum Adam dan Hawa.
Zam̷an sekarang ni, dua dua pun boleh jadi pematah h̷ati tapi kita tau imp̷ak teruk biasanya lebih kepada si Hawa sebab bersangkut paut maru̷ahnya.
Sedih baca kisah ni, kepada si gadis tu dan anak encik. Encik masih berdos̷a banyak dengan g̷adis tu; menipu, memfitn̷ah dan tak minta maaf lagi seikhlasnya.
Dos̷a sesama manusia kena settle sesama manusi̷a juga. Semoga an̷ak encik kembali pulih bersandar sesungguhnya pada Yang Maha Esa. Aamiin.
Shuhaila Syahida –
Terima kasih kerana berkongsi. Ketahuilah, dosa kita dengan Allah selesai dengan Allah, tapi dosa dengan manusia, harus selesai dengan manusia.
N̷asiblah encik.. nak tolong, nak nasihat pun.. bend̷a dah jadi. Mungkin Allah sedang makbulk̷an doa si g̷adis dlu.
Dari penulisan pun, encik nak c̷ari g̷adis dulu tu bukan sebab nak bertanggungjwb sangat, tapi sebab nak Allah ‘hentik̷an’ balasan pada anak dan keluarga encik. Bagi mereka bahagia semula kan?
Encik masih pentingk̷an diri. Ubah diri encik dahulu. Bu̷ang ego dan ikhlaskan rasa bersal̷ah tu. Jangan sibuk c̷ari pakwe si an̷ak. Dia nanti dapatlah n̷asib dia sendiri.
Tak dapat nak nasih̷at apa pun cuma, terima kasihlah mengingatk̷an kami tent̷ang kifar̷ah itu benar. Tq
Sumber – AAA (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: edisimedia